Nasik Arab.

Advertisements

7

Di antara ilmu terawal yang di cabut oleh seseorang adalah ilmu khusyuk sehingga kita tidak terasa yang kita telah kehilangan ilmu khusyuk.

Sewaktu kita solat perlunya khusyuk. Kenapa pentingnya khusyuk dalam ibadah? Dengan tujuan untuk menjadikan ibadah solat kita hidup.

Nilainya solat yang hidup kerana ia adalah satu nikmat. Solat keluar dari jasad kita bagaikan makhluk.

Jika kita jaga solat tersebut, solat tersebut akan mohon pada Allah, Moga-moga Allah menjaga kamu seperti kamu menjaga kami.

Apa yang berlaku sekiranya solat itu tidak dijaga dan tidak khusyuk? Solat tersebut akan memohon pada Allah, Allah akan mensia-siakan kamu seperti mana kamu mensia-siakan kami. Selepas itu ia koyak2 kan tubuh badannya sebagaimana di koyaknya kain buruk dan di tampar2 ke atas muka kita kerana tidak puas hati nya terhadap solat yang dilakukan kita.

Pentingnya khusyuk dalam solat. Solat bagaikan makhluk yang menghidup dan mencantikkan peribadi kita. Jika peribadi seseorang buruk, cuba check dan muhasabah solat. Untuk betulkan diri, betulkan solat 😊

FatehteamNotaKuliah

Rahsia Khusyuk Solat :

http://www.fatehteam.com/ilmu-yang-terawal-di-cabut-dari-manusia-tanpa-di-sedari/

@Teamfatehteam